Sunday, 23 August 2015




Menu yang saya sediakan utk menyambut kedatangan Mak Uda dan Wak Uda, (rombongan dari Kg Dato Abu Bakar Baginda). Alhamdulillah mak uda kata sedap macam Yah (bonda saya) masak..
Kunjungan beserta Kak Midah dan kak nisah sefamily.

Resepi Mee Kari Bonda Hjh Sopiah

Bahan2
1 kg mi kuning
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Serai (ambil yg lembut sahaja)
(* blend halus semuanya)
Santan
2 pek Rempah kari ikan (saya guna Babas)
Daun kari
1 senduk cili boh (jika suka - saya letak, resepi asal tiada)
Rempah tumis (1 btg kayu manis, 2 bunga lawang, 2 pelaga, 2 cengkih)
Segenggam Ikan bilis (goreng dgn minyak dan dikisar)
Fish cake, fish ball - potong2 & goreng
Kerang rebus
Tahu pop
Kiub ikan bilis


Side dish
1) taugeh celur
2) Sawi celur
3) lada merah /hijau yg direnjis kicap
4) Bawang goreng